Monday, August 15, 2011

Si Penjual kuih yang berjiwa besar


Hari itu selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki datang & bertanya,


"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.


Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.


"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.


Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"


Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.


Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar bekereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.


"Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan kuih saya untuk adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang" katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.


Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.


"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.


"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada pengemis tu? Duit tu Abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.


"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.


Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."


Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!


Moral :

Satu perjalananan seorang kanak-kanak yang begitu taat kepada perintah Allah s.w.t.Semoga menjadi renungan bersama.


oleh Blog Teh Secawan pada pada 13hb Julai 2011 pukul 2.02 ptg

Sunday, August 14, 2011

Merungkai Cerita Motivasi Jiwa

Cerita-cerita Motivasi Dan Inspirasi

SIAPA LEBIH BIJAK?

Seorang leleki telah menjadi seorang jurutera dan mempunyai 2 orang anak. Telah berjumpa dengan bekas gurunya yang telah mengajar semasa dia sekolah rendah dan telah menjadi seorang wakil rakyat.

Kebetulan parti yang dimasuki oleh jurutera itu adalah berlainan dengan parti bekas gurunya maka dengan lantang dia sering membangkang apa yang dikatakan oleh bekas gurunya semunanya tak betul belaka.

Seorang alim telah menegur lelaki itu.

"Mungkin dari segi ilmu kejuruteraan , sains dan teknologi..... kamu lebih baik daripada bekas guru kamu tapi dari segi bijaksana.... dia lebihbijaksana daripada kamu. Ilmu yang paling berharga ialah kebijaksanaan dalam segala hal hingga tidak menyalahkan orang lain dan merasa diri lebih pandai "

NILAI KEHIDUPAN

Di depan ramai muridnya, seorang guru menceritakan pengalaman bertemu dengan seorang veteran prajurit mantan penerbang Perang Dunia II.

Pada suatu hari, prajurit tersebut menerbangkan ratusan pekerja dari Cina untuk membuat projek jalan melintasi hutan di Myanmar.

Jarak penerbangan tersebut cukup jauh dan lama. Untuk menghilangkan kebosanan sekaligus memanfaatkan waktu luang, pekerja2 itu bermain judi dengan daun terup. Awalnya mereka bertaruh dengan duit dan harta yang ada di badannya. Semakin lama lantaran tidak ada lagi yang dipertaruhkan, mereka bertaruh dengan hidupnya. Yang kalah mesti terjun ke keluar pesawat tanpa menggunakan payung terjun.

Bayangkan!

"Alangkah mengerikan dan kejamnya mereka!" teriak seorang murid mendengar cerita tersebut.

"Memang, benar," jawab Guru, "Tapi dengan begitu permainan menjadi semakin mengasyikkan... melupakan!"

Kemudian ia melanjutkan kata2, "Kamu baru dapat mensyukuri nikmat hidup bila pernah dipertaruhkannya. Oleh fikirkanlah bahawa nilai kehidupan ini amat tinggi"

KEGAGALAN YANG ABADI

Apakah anda takut gagal? Sedemikian takutnya sampai anda tidak berusaha untuk mencuba? Cuba anda fikirkan kembali, hal tersebut benar-benar tidak masuk akal. Dengan tidak mencuba barang sekalipun, sebenarnya anda sudah gagal. Jadi rasa takut gagal adalah penyebab kegagalan yang pasti.

Apakah anda merasa takut? Cuba perhatikan rasa takut anda. Perhatikan pesan yang berusaha disampaikannya. Rasa takut membuat anda lebih waspada. Rasa takut memberi energi ekstra. Rasa takut membuat anda mampu mengatasi cabaran yang sukar. Tidak ada yang mampu mendorong sumber daya dalam diri anda - lebih dari rasa takut.

Rasa takut sebenarnya keistimewaan untuk mendorong anda maju, bukan untuk menahan anda. Biarkan rasa takut mengajarkan anda. Biarkan rasa takut mempersiapkan anda. Tetapi jangan membuat rasa takut menghentikan anda. Saat rasa takut menahan anda, cuba perhatikan baik-baik apa yang menyebabkan rasa takut -dan anda akan menemukan alasan untuk bergerak maju.

Kegagalan paling abadi adalah kegagalan untuk mula bertindak. Bila anda sudah mencuba - dan ternyata gagal, anda memperoleh sesuatu yang boleh dipelajari dan mungkin dicuba kembali. Anda tidak akan pernah gagal bila anda terus berusaha.

PRODUKTIVITI

Penebang pokok akan mengasah kapaknya. Pemburu akan senantiasa menegang dan membetulkan busurnya. Penulis akan meraut pensilnya. Tukang akan senantiasa mengasah pahatnya. Mereka kita akan senantiasa memperbaharui peralatan- nya. Ini adalah prinsip MUDAH tentang produktiviti.

Tak banyak pohon yang boleh ditebang oleh kapak yang tumpul dan haus. Tak ada buruan yang mampu ditaklukkan oleh busur yang renta. Tak sebuah kata dapat tertulis dari pensil yang patah. tak ada rumah kayu yang tidak berpahat. Maka, apa yang harus anda asah agar tetap meraih kehidupan pribadi dan karier kita yang penuh bermakna dan berlimpah ruah?

Kita memiliki sesosok tubuh yang pasti renta terkikis usia. Juga kecerdasan yang segera tak banyak bererti tertinggal kemajuan zama. Serta sekepal hati nurani yang mudah diburamkan oleh debu-debu dunia.

Maka, tiada yang patut kita rawat selain tubuh agar senantiasa menjadi rumah yang nyaman bagi jiwa. Tiada yang perlu kita asah selain fikiran dan ketrampilan agar selalu dapat di gunakan untuk membuka pintu kemakmuran. Serta, tiada yang harus kita pertajam selain hati nurani yang memungkinkan kita mendengar nyanyian kebahagiaan hidup ini.

Rakan-rakan.... marilah kita asah minda kita untuk berfikir secara kreatif dan logik. Menulis umpama senjata tajam yang dapat kita gunakan untuk mengorek tanah bagi bercucuk tanam atau memotong pohon untuk dibina bangunan atau memanah buruan untuk mendapat makanan atau membunuh musuh bagi kehidupan selanjutnya.

Sunday, July 31, 2011

Kisah sebuah luka...





Kenapa bila hati kita luka, rasanya macam hati kita betul-betul luka? Aku ingat benda tu metafora sahaja, 'hatiku kau lukai' crap, tapi , sebenarnya, benda tu betul, bukan metafora. Dan hati kita memang jadi sakit, macam ada pisau kat dalam, membuatkan kita sesak, dan kita kena tundukkan badan kita, pejam mata, sebab kita tak tahan.

-Hasil nukilan Saharil Hasrin Sanin berjudul "Tentang Luka", 23 Jan 2001.


Memang betul apa yang Saharil nukilkan tu..

Tiba-tiba aku rasa senak kat dada aku.
Nafas jadi sesak.
Rasa macam sempit je ruang legar aku saat ini.
Udara tak cukup.
Sakitnya rasa kat dada ni.

Kadang-kadang aku buka baju dan tengok dada.
Aku letak tapak tangan kat dada aku.
Betul ke ada luka kat dalam ni?

Aku tak pasti tapi yang pasti aku rasa sakit sangat.
Aku tak boleh berdiri lama.
Aku selalu tundukkan badan,
Pejam mata,
sebab aku memang dah tak tahan.


Dulu aku dah pernah rasa sakit kat dada macam ni.
Lepas tu, ada seseorang cakap dia boleh tolong ubatkan.
Rupanya dia bukan ubatkan.
Dia bius je.
Aku jadi kebas, bukannya sembuh,
Bila bius dah habis, sakit tu jadi berganda.
Sebab luka tu dah makin dalam kot.
Entahlah.

Tapi kelmarin aku mimpi jumpa bidadari.
Dia sangat comel.
Dia pakai baju kaler merah.
Sayap dia kaler putih.
Dia turun dari langit dengan sayap putih dia.
Dia bawa aku terbang kesana-sini pun dengan sayap putih dia.
Dia terbang laju. Tapi aku sempat tangkap gambar dia.


Gaya dia lembut, lembut macam suara dia.
Bahasa dia manis. Senyuman dia lagi lah manis.
Aku rasa hati dia pon mesti manis.

Bila aku jumpa dia, aku rasa macam dia jahit luka kat dada aku.
Lepas tu dia sapu Dettol dan 'bandage'kan.
Aku tak nampak tapi aku rasa macam tu.
Tiba-tiba dada aku tak rasa sakit.
Rasa lapang tapi berdebar-debar.
Berdebar-debar bukannya sakit.
Aku letakkan lagi tapak tangan kat dada aku.
Aku rasa mungkin luka tu dah sembuh kot.
Alhamdulillah....

Aku dah boleh berdiri tegak semula.
Dah tak sakit pon.
Tak payah nak pejam mata lagi.

Tapi tak lama lepas tu,
bidadari tu macam nak pergi jauh.
Dia tak pasti dia akan datang balik atau tidak.
Tapi aku rasa dia tak datang balik
Tak tahu kenapa.

Tiba-tiba aku rasa sakit kat dada aku
Aku tengok 'bandage' yang bidadari tu buatkan.
Dah ada tompok merah. Banyak.
Makin lama makin besar.


Tiba-tiba aku tersentap.
Aku mimpi rupanya.
Aku letak tapak tangan kat dada.
Aku rasa sakit.
Aku tundukkan badan,
Pejam mata,
sebab aku tak tahan.









Saturday, June 25, 2011

Kisah seorang perantau.


Salam semua..

Kali ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua satu dialog singkat antara saya
dengan sahabat saya sebaik sahaja selesai menunaikan solat isya' di surau berdekatan
dengan kediaman saya. Kebetulan pada malam itu ada seorang hamba Allah yg bermurah hati
menyaji jemaah surau dengan hidangan nasi lemak ayam. Dengarnya, itu sebagai tanda sedekah & berterimakasih kepada pihak surau yang mengadakan solat hajat pada 2 bulan lepas bagi memohon agar Allah S.W.T menyembuhkan penyakit anak HambaAllah tersebut. Dengan Izin Allah S.W.T yang Maha Menyembuhkan, Alhamdulillah kini anaknya telah sembuh.

Baik, dialog singkat yang saya maksudkan tadi ceritanya begini:

A (sahabat saya) : Tuan, pernahkah tuan memerhatikan tentang Pendatang Izin yang bekerja
dinegara kita ini?

S (saya) : Sudah tentu.. Mengapa?

A : Mereka mendapat visa (kebenaran sementara) untuk merantau di
negara ini dan dengan tempoh masa kebenaran sementara yang mereka perolehi itu mereka jadikan sebagai modal untuk mereka bertungkus lumus mencari rezeki serta mengumpul seberapa banyak wang sepanjang tempoh yang dibenarkan. Kemudian mereka menghantarnya pulang ke kampung halaman mereka sebagai bekalan apabila mereka pulang nanti. Sekiranya mereka membelanjakan wang mereka secara mewah disini, maka bekalan mereka di kampung akan menjadi sedikit. Dan seandainya mereka menahan nafsu dari bermewah-mewah disini, maka apabila pulang nanti mereka akan jadi senang dengan bekalan wang terkumpul yang banyak.
S : Memang benar, jadi?

A : Begitulah hidup kita di dunia yang sementara ini. Kita diberikan oleh Allah S.W.T hayat (visa) yang sementara untuk merantau dibumi (dunia)Allah ini dan masa sebagai modal untuk kita cari seberapa banyak bekalan yang kita perlu hantar ke kampung halaman kita di akhirat kelak. Andainya kita mensia-siakan terlalu banyak modal (masa) yang kita ada bagi mengumpulkan kemewahan didunia yang sementara ini semata-mata, bagaimana dengan bekalan kita di kampung akhirat kita nanti?

S : ....................... (dalam hati: kamu benar wahai sahabat..)

A : Kerana itu, para sahabat nabi sanggup berbuat apa sahaja serta mengorbankan segala-galanya demi memanfaatkan sebaik mungkin modal (masa) yang mereka ada untuk mengumpulkan bekalan sebanyak-banyaknya di akhirat kelak. Kemewahan dunia yang sementara ni tidak sedikit pun mengganggu konsentrasi dan dedikasi mereka dalam menghabiskan seluruh modal (masa) mereka demi mengumpul bekalan tersebut. Inilah yang dinamakan "Beriman pada Hari Akhirat" dengan iman yang benar.

S : (sambul tersenyum) Subhanallah.. terima kasih atas kata-kata penuh hikmah tuan ini. Betul-betul buat ana terharu..
A : tak ada apalah.. Ana hanya sampaikan untuk diri ana juga.. Segala ilmu dan petunjuk datang dari Allah. Kita kan perlu saling ingat-mengingat sebagai saudara seIslam?

S : Ini yang menjadikan tuan sahabat yang istimewa pada ana. Kalau boleh ana ingin berjumpa dengan tuan setiap hari kerana suka mendengar cerita dan nasihat tuan. Bukankah dengan mendengar cerita dan nasihat tentang kebesaran Allah dapat memperbaharui iman? tak gitu, tuan?

A : Hehe.. Betul tu. InsyaAllah kita boleh berjumpa selalu. Sama-sama kita memperbaharui iman kita ya.. Jumpa lagi esok.. Assalamualaikum..

S : InshaAllah.. Wa'alaikumsalam..



Begitulah secara ringkasnya tentang isi dialog singkat tersebut.. Dengan mengekalkan isi kandungan asal dialog itu, saya secara sengaja telah mengubah sedikit sebanyak gaya bahasa perbualan bagi mengelakkan penggunaan 'bahasa yang terlalu pasar'.
Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan.

Wallahu'alam.



Wednesday, May 18, 2011

penyakit kritikal dan kemalangan???



Assalamualaikum..

Apa khabar anda semua pemegang2 polisi atau bakal pemegang polisi..

Ada isu yang ingin saya kongsikan dengan anda.. pernahkah anda terfikir mengapa ada sesetengah situasi dimana seseorang itu, sungguhpun mempunyai perlindungan insuran/takaful tetapi gagal mendapatkan sebarang tuntutan sewaktu mengalami kemalangan?

“harap jer ada insuran, tapi bila kena penyakit kritikal tak dapat nak claim. Sedangkan masuk pelindungan penyakit kritikal”

Jawapan saya,

Abang kena paham sebenarnya apakah pelindungan/manfaat yang di ambil dan yang paling penting bilakah ia dapat dilindungi. Untuk pampasan penyakit kritikal hanya dapat di perolehi bila berada di tahap 4 sahaja, semua ini ada tertulis pada buku polisi. Mungkin salah agent juga tak terangkan dengan jelas perkara ini.

Disini kelebihan kami (TAKAFUL GE) yang mana manfaat penyakit kritikal dapat diperolehi pada tahap awal. Satu satunya pengendali takaful yang ada manfaat ini.

“insuran tipulah, kawan saya kemalangan tangan patah tak dapat duit sesen pun”

Jawapan saya,

Abang, betul takkan dapat duit jika insuran yang di ambil itu adalah PA (pesonal accdient). Manfaat hanya diperolehi jika berlaku kematian akibat kemalangan sahaja. Kematian biasa pun takkan dapat..

Melainkan kawan abang ambil plan lain selain PA dan di tambah dengan manfaat kemalangan keseluruhan, dia akan dapat manfaat tersebut mengikut % bahagian yang patah.

Ada banyak lagi soalan2 yang diajukan.. patutlah orang kita fobia dengan insuran in.. salah faham rupanya.

maklumat lanjut:

Mohd Farid Esa

takaful ge

016-3392936

Thursday, May 5, 2011

Orang Melayu dengan ilmu “KEBAL”



Assalamualaikum..

Banyak info yang telah saya perolehi antaranya maklumat yang menarik adalah stastik pemegang polisi..

Mungkin kita masih kurang sedar @ buat-buat tak sedar. untuk pengetahuan anda…

Jepun 600%

Pemegang polisi di Jepun adalah paling tinggi dengan anggaran setiap orang memiliki 6 polisi..

Singapura 138%

Tidak kurang hebatnya kesedaran di kalangan penduduk Singapura kerana setiap orang memiliki polisi..

Malaysia 46%

Tetapi malangnya penduduk Malaysia kurang daripada separuh yang memiliki polisi. Daripada 46% tersebut sebenarnya hanya 19% yang memiliki polisi lebih daripada satu. Ini ber erti hanya 27% sahaja penduduk Malaysia yang memiliki polisi insuran. Dan seramai-ramai orang Melayu hanya 9% yang memiliki polisi.. satu angka yang amat membimbangkan..

Renungan Bersama..

Adakah orang melayu ada ilmu kebal?? Takkan terusik jika terlibat dengan sebarang kemalangan??

Belum masuk dengan penyakit.. Adakah anda pasti yang anda takkan di kunjungi sebarang penyakit?

Renung-renungkanlah..

Mohd farid Esa

Takaful GE

016-3392936

Tuesday, May 3, 2011

Apa yang harus anda lakukan?…



Setelah bertungkus lumus belajar selama 4 tahun di universiti, kini segulung ijazah telah menjadi milik anda. Apakah seterusnya? Ya, mencari kerja. Itulah kitaran biasa kehidupan.Tidak semua graduan bernasib baik dalam mencari kerja idaman dalam masa singkat. Ada yang cepat mendapat kerja dan ada juga yang terpaksa bersabar berbulan-bulan lamanya sebelum dapat memulakan karier. Apabila telah di terima bekerja, apakah perkara2 yang perlu untuk di ambil kira bagi memulakan satu kehidupan baru yang meyakinkan?

1) Tempat tinggal:

Anda mungkin tinggal menyewa atau masih bersama keluarga. Kalau menyewa semestinya bayaran sewa rumah menjadi satu issue yang harus diambil kira selain dari lokasi. Untuk ini, tips yang saya ingin saya beri ialah, seboleh-bolehnya biarlah lokasinya berdekatan dengan tempat kerja. Walaupun mungkin boleh jadi sewa rumah agak sedikit mahal, tapi amat berbaloi untuk emosi dan masa anda. Anda tidak perlu bangun awal dan terkejar ke tempat kerja yang jauh dari rumah. Tak perlu terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk dan yang penting anda tidak membuang masa anda di atas jalan raya yang membosankan untuk jangka waktu yang lama. Anda tidak akan terasa hakikat ini dalam jangka waktu yang singkat akan dalam jangka waktu yang lama anda pasti merasakannya.Routine harian yang sama amat membosankan!!

2) Kenderaan:

Amat penting untuk ke tempat kerja. Bagi yang baru bekerja saya sarankan jika anda ingin membeli kereta pertama biarlah berpatutan dengan pendapatan anda. Melainkan anda telah membuat saving sejak waktu belajar dahulu, anda mungkin ingin memikirkan untuk membeli kereta terpakai (2nd-hand) yang pada saya tidaklah seburuk yang diperkatakan. Kebanyakkan berpendapat, kereta 2nd hand cepat rosaklah, takut kena service selalulah. Sebenarnya tidak begitu. Apa yang penting sekarang ini adalah untuk kita mengawal financial kita untuk terus survive di peringkat awal memulakan pekerjaan. Di mana rata2 ramai yang gagal berbuat demikian. Kecuali jika anda memulakan pekerjaan dengan gaji 5k.

3)Insurance/Takaful/medical card:

Pada saya perlindungan ini amat penting dan sangat2 perlu dipertimbangkan.Kita akan terdedah kepada bahaya di jalan raya. Selain itu untuk membantu diri kita disaat berlaku masalah kesihatan atau kemalangan mengejut dan kita tidak perlu bimbang mengenai bil-bil rawatan. Ramai yang masih tidak menyedari hakikat ini. Mereka memandang takaful atau insurance ini sebagai ‘rugi’ jika tidak digunakan. Pada saya insurance atau takaful ini ada sesuatu pembelian yang unik di mana kita tidak mengharapkan langung untuk menggunakannya. Bermakna, kita sentiasa sihat. Bukankah itu lebih baik daripada penatkan kepala memikirkan kerugian akibat kita tidak melakukan claim?Sesungguhnya takaful itu harus dibeli sewaktu muda di kala sihat. Kita akan nampak faedahnya apabila kita terlibat dalam kemalangan atau apa penyakit kritikal dan masalah kesihatan. Bayangkan anda terlibat dalam kemalangan, kereta anda yang dilindungi insuran dapat dibaiki di bengkel sedangkan anda yang cedera atau parah tidak dapat rawatan segera ‘kelas pertama’ kerana tidak bole memberi jaminan bayanran bil hospital. Semestinya company tempat anda bekerja ada memberi faedah perubatan kepada pekerjanya, namum hanya pada certain amount. Ada yang besar jumlahnya dan ada yang sedikit. Dengan itu, Jadikan perbelanjaan insuran diri sebagai sebahagian dari perbelanjaan bulanan anda. Sayangi diri anda. Pay yourself. Jadi fikir-fikirkan lah.

4)Financial:

Financial di sini bermaksud; ‘income vs expenses’. Berapa banyak yang patut kita berbelanja sebulan adalah bergantung kepada aliran wang masuk dan bukan untuk memenuhi kehendak. Kesimpulannnya, kehendak semasa adalah mengikut kemampuan semasa.Jangan overspend. Kebiasaannya, di awal alam pekerjaan, sumber pendapatan utama adalah duit gaji bulanan itu sendiri. Rata2 bermula denga RM 2500 secara puratanya. Apakah pecahan untuk nilai tersebut? Mari kita congak2. Berikut adalah perbelanjaan biasa yang perlu dipertimbangkan bagi yang baru memulakan pekerjaan:

1) kenderaan : RM500
2) Sewa rumah : RM200
3) Petrol : RM 200
4) Bayaran pelajaran: RM100
5) Bagi Parent : RM 200
6) Insuran/takaful/medic card: RM 170
7) Telco+internet : RM 100
8) Foods : RM 250
9) Leisure : RM 150
10)Tol : RM 80
11) Saving : RM 250
12) investment : RM 150
13) baki/MISC/emergency : RM 150

kesemua expenses di atas adalah secara minimum dan bergantung kepada individu dan keadaan.Mungkin ada yang kurang lebih untuk setiap items yang di nyatakan.Idea di sini adalah untuk menunjukkan dengan nilai RM2500 per month, perbelanjaan adalah ‘tight’ apa akan jadi sekiranya harga kereta lebih mahal , atau sewa rumah melebihi jumlah yang tertera di atas, mungkin juga perbelanjaan petrol bertambah? Jika keadaan ini berlaku, bermakna terdapat perbelanjaan2 lain yang terpaksa dipotong atau dikurangkan dan selalunya saving dan investment lah yang akan menjadi mangsa.

Apa pula keadaannya jika pendapatan bulanan kurang dari RM2500 seperti yang dibincangkan? Semestinya peratusan perbelanjaan terpaksa dikurangkan. Kesimpulannya, kawallah perbelanjaan anda dari awal, jangan banyak buat hutang diawal memulakan pekerjaan, stabilkan kewangan anda dan rancanglah perbelanjaan anda. Berbelanjalah mengikut kemampuan dan bukan mengikut suka hati.

Mohd Farid Esa

Takaful GE

016-3392936