Wednesday, July 8, 2009

Gaza: Antara Kedajalan Zionist, kedangkalan Arab dan Ketidakprihatinan Kita...

"sekumpulan dari umatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh-musuh mereka dan orang-orang yang menentang mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan hanya mendapat sedikit kerosakan, sehinggalah datangnya kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian", lantas para Sahabat bertanya Nabi, "dimanakah mereka wahai Rasulullah?". Rasulullah menjawab, di Baitul Maqdis dan sekeliling."

(Riwayat Abdullah Bin Ahmad dan At-Thabarani)



Salam kepada semua sahabatku yang beragama Islam sekelian.

Apabila kita menyusuri hadis yang di atas, kita secara automatik akan teringat tentang penderitaan SAUDARA-SAUDARA kita di Palestin yang sebenarnya tak pernah mengenal erti kedamaian, keamanan dan ketenteraman. Tetapi seringkali perasaan simpati terhadap mereka seolah-olah tenggelam timbul sahaja di kalangan kita.

Betapa kita tahu tanah suci yang menjadi rebutan 3 agama sejak zaman-berzaman menyaksikan rentetan peristiwa berdarah yang menyayat hati umat Islam yang tidak berkesudahan.


Ia adalah tanah yang menjadi saksi Mi'raj Rasulullah.
Ia adalah tanah yang menjadi saksi dakwah para Anbiya'.
Ia adalah tanah yang menjadi makam ramai Rasul Allah.
Ia adalah tanah yang menjadi kubur para Syuhada'.
Ia adalah tanah yang sentiasa dibasahi darah para Pejuang.
Ia adalah tanah yang menjadi mangsa kerakusan Yahudi dan Zionist
Ia adalah tanah yang menjadi kiblat pertama umat Islam.

Ia adalah...Baitul Maqdis...Palestin.



Kini, bumi Palestin hampir pupus secara total dan masyarakat dunia dibayangi dengan Negara Haram Israel sebagai pengganti. Matlamat Israel adalah untuk mewujudkan sebuah biara dipanggil Haikal Sulaiman di tapak Masjidil Aqsa selain ingin menggali 'harta' peninggalan nenek moyang mereka yang taghut di bawah masjid suci tersebut.



Segala persiapan untuk itu telah direncanakan mereka beratus tahun lamanya dan didukungi oleh golongan Freemason & Luciferian. Semua mereka adalah zionist. Sila lihat sini.


Sila rujuk dokumentari The Arrivals untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Baki penjajahan dibahagikan kepada dua wilayah, Gaza dan Tebing Barat.
Tebing Barat dihuni oleh penyokong Fatah manakala Gaza dipertahankan oleh penyokong Hamas.

Penduduk Gaza dianggarkan seramai 1.5juta orang. 400 000 daripada mereka tainggal di bandar. Majoriti penduduk Gaza adalah zuriat pelarian Palestin yang dihalau dari kampung halaman masing-masing pada 1948.


Ketidakseimbangan antara jumlah penduduk yang terlalu ramai dan keluasan wilayah yang sempit, menjadikan Gaza sebagai salah satu kawasan paling padat di dunia. 25000 orang setiap kilometer persegi. Malah di khemah-khemah pelarian, ia boleh mencapai sehingga 55000 orang setiap kilometer persegi.

Ada 7 pintu keluar masuk ke daerah kecil dan dhaif ini. Salah satunya di Rafah dimana, ia dikawal oleh kerajaan Mesir dan selebihnya dikawal oleh Zionist Penceroboh Laknatullah.. Tetapi sayangnya, satu-satunya pintu yang dikawal oleh kerajaan Arab dan Islam ini tidak memberi apa-apa kelebihan terhadap negara jiran seagamanya itu.

Malah, pemimpin Mesir, Hosni Mubarak membenarkan Israel dan Amerika menggunakan ruangan udaranya untuk membedil Gaza. Ini adalah salah satu contoh kebodohan dan kebinatangan yang dilakukan oleh pemimpin Mesir itu seterusnya membuktikan bahawa dialah pengkhianat yang paling jelik di muka bumi.

Malah lebih menyedihkan, pemimpin-pemimpin Arab yang lain hanya 'memerhati' jiran mereka, Gaza, diperkotak-katikkan oleh musuh Allah dan hanya bertelagah sesama sendiri.

Manakala tindakan Presidan Venezuela, sungguhpun bukan Islam, menghalau Duta Israel dari negaranya demi mengutuk kekejaman Israel di Gaza menjadi satu tamparan hebat kepada pemimpin-pemimpin Arab Islam yang lain yang bacul dan bebal.

Ini bermakna, semenanjung Gaza sebenarnya menjadi penjara Mega yang di kelilingi oleh Zionist Yahudi dan Zionist Arab.


Maka sejak itu, penduduk Gaza (Hamas) terus di tekan, dibelasah dan disembelih oleh 'kedua-dua' rejim Zionist itu. Pemimpin- pemimpin terkorban. Kanak-kanak dibom. Wanita-wanita diperkosa dan pemuda-pemuda diseksa sehingga mati. Para Pejuangnya terus melawan menggadai nyawa mempertahankan tanah air mereka dengan roket-roket kecil buatan sendiri dan senapang-senapang lama seperti AK 47. Sungguhpun demikian, serangan yang dilancarkan oleh roket-roket kecil itu tetap mempunyai kuasa pemusnahan yang hebat bantuan dari Allah S.W.T dan menyebabkan ramai anggota rejim yang turut terbunuh dalam pertempuran.


Airmata saya bagai tidak tertahan apabila diceritakan bagaimana seorang kanak-kanak perempuan palestin berumur sekitar 4-5tahun mengelupur akibat terkena bom 'fosforus' yang digunakan oleh Zionist sungguhpun penggunaan senjata ini melanggar etika peperangan dan resolusi PBB. Bom tersebut bertindakbalas terhadap oksigen. Lengan kanak-kanak itu melecur dan orang ramai segera mengambusnya dengan tanah. Apabila disiram kesan lecuran tersebut dengan air, maka gugurlah daging dan kulit kanak-kanak itu. MasyaAllah....




Sheikh Ahmad Yasin (pengasas pimpinan Hamas) dibunuh dengan kejam pada waktu subuh dengan menggunakan roket yang harganya hampir sama dengan pendapatan kerajaan negeri Selangor. Tangannya putus dan kepalanya hancur.



Sehingga kini Gaza umpama 'hidangan' untuk santapan rakus penjenayah Luciferian (Zionist) dan pengkhianat Arab dan hanya 'diperhatikan' oleh negara-negara Islam lain termasuk kita.

Mari kita fahami dan renungi semula kata-kata mereka ini:


George W. Bush (bekas Presiden A.S-Luciferian)

"menghentikan serangan ke atas Gaza bergantung sejauhmana Hamas menghentikan pelancaran roket ke wilayah Israel dan menghentikan penyeludupan senjata."


Huga Chaves, (Presiden Venezuela)

"Betapa baculnya tentera Israel bertindak menyerang orang yang tiada upaya dan orang yang sedang tidur, tiba-tiba mendakwa ia sebagai serangan mempertahankan diri. Saya menyeru rakyat Israel supaya bangkit menetang kerajaannya."


Nicholas Sarkozy (Presiden Perancis)

"Hamas bertindak secara tidak bertanggungjawab apabila melancarkan roket ke arah Israel."



Mahmud Abbas (bekas Presiden Palestin-Fatah)

"Hamas perlu menghindari dari serangan Israel. Jika perjuangan itu menyebabkan rakyat Palestin diserang, maka kita tidak memerlukan perjuangan."


Hosni Mubarak (Presiden Mesir merangkap Anjing Amerika)

"Hamas mahu pintu Gaza dibuka kepada mereka, sedangkan mereka lupa yang mereka sedang dijajah! Mesir sama sekali tidak akan membuka pintu sempadan untuk mereka hinggalah Mahmud Abbas dikembalikan kuasanya dan sempadan dikawal oleh pemerhati antarabangsa!."



Shimon perez (Presiden Haram Israel)

"Matlamat kami jelas. Kami tidak mahu Gaza mengikuti jejak langkah Iran. Kami tidak akan menghentikan serangan. Bahkan sebaliknya Hamaslah yang perlu menghentikan pelancaran roket ke atas wilayah Israel!."


Muhammad Hassan Nasrullah (Pemimpin Hizbullah-Lebanon)

"Kami tidak bermusuh dengan mana-mana pemimpin Arab disebabkan keengganan mereka membantu kami dalam peperangan menentang Israel pada Julai 2006. Tapi kami sangat marah kepada mereka yang tidak membantu Gaza dan penduduknya. Wahai pemimpin Mesir, jika kalian tidak membuka pintu sempadan Rafah, maka kalian adalah turutterlibat dengan jenayah, pembunuhan, pengepungan dan penderitaan ke atas rakyat Palestin."



Khalid Masy'al ( Ketua Biro & Jurucakap Hamas)

"Bukan roket kami yang sia-sia. Bukan amaliyyah istisyhadiyyah(intifada) yang sia-sia. Perkara yang sia-sia sebenarnya adalah 'rundingan damai'. Rundingan inilah yang menjadi punca melambatkan kemenangan dan pihak musuh berjaya mempergunakan rundingan damai ini untuk menunjukkan kepada dunia kononnya mreka golongan yang baik."


Recep Tayyip Erdogan (Perdana Menteri Turki)

"Serangan ke atas penduduk awam di Semenanjung Gaza adalah merupakan satu titik hitam dalam sejarah manusia. Israel bertanggungjawab ketas kemelut yang berlaku pada hari ini kerana ia tidak pernah berpegang kepada perjanjian damai."



Ismail Haniyyah (Perdana Menteri Palestin)

"Apa yang berlaku di Gaza bukan peperangan biasa.Tetapi ia satu peperangan pnghapusan etnik sebenar yang tidak berakhlak, tiada prinsip dan tiada asas peraturan peperangan. Bahkan melanggar semua peraturan dan undang-undang serta prinsip mana-mana agama langit dan agama bumi. Mereka hanyalah mahu mencemar keamanan, kestabilan dan undang-undang."



Ali Khomenei (pemimpin Iran)

"Pengkhianat-pengkhianat Arab hendaklah sedar bahawa nasib mereka nanti tidak akan lebih baik daripada nasib kaum Yahudi dalam perang Ahzab (Khandaq). Kini semua bangsa di dunia menyokong Gaza dan mujahidinnya. Mana-mana kerajaan yang berpendirian menongkah arus ini bakal berhadapan dengan rakyatnya."



Negara-negara Arab yang lain hanya pandai bertelagah....



Negara-negara Islam yang lain hanya terdaya mengutuk....


Bantuan terus tersekat....


Rundingan terus gagal....


Senjata-senjata Israel terus rakus memuntahkan pelurunya, merobek-robek tanah Gaza dan penghuninya....


Bumi Gaza terus bergempa....


Jerit tangis terus bergema....


Rusuhan berlaku di seluruh dunia....



Keganasan kian berleluasa....



Jenayah tak kira masa....


Wanita........


kanak-kanak menjadi mangsa....


tanpa terbela....


kemungkaran tak pernah reda....


Kemakmuran kian ternoda....


Yang berkuasa, menindas....


Yang Lemah tertindas....


Ekonomi dunia punah terjejas....


Kekacauan politik semakin jelas....


Bencana Alam semakin bertabur...


Keadilan kian terkubur....




Kedamaian kian kabur....


Cahaya kebenaran kian malap....



Kabus Kejahatan kian mendakap....


Sesungguhnya Kegelapan Dunia menuju pasti....



Bilakah Sinar Islam akan kembali menerangi??



Bilakah Awan Gelap akan berlalu pergi?

l
l
l
l
l
l


Seluruh Alam Semesta Hanya menghitung hari.................


Ketibaan pemimpin Dunia Islam yang telah dijanji..........


l
l
l
l
l
l
l


ALLAHU AKBAR!!!!!




5 comments:

apetbarreto said...

good entry.

fitrahulinsan said...

TQ.. tolong sebar2kan ye..

lintasan hati said...

entry yg menginsafkn diri.bagus.

fitrahulinsan said...

Tq lintasan hati..

diharap dapat sebar2kannya ye..

Faizal Zakaria's Blog said...

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...















Klik Di Bawah:-
>>> Blog 1 Malaysia <<<